Wednesday 29 February 2012

sincerity

in the name of Allah .
assalamualaikum semuanya .

yup yup . harini aku nak sembang pasai keikhlasan .
nampak common kan . macam , alah , ikhlas ,
semua orang pernah dengar , semua orang pernah sebut perkataan ni kan .
tapi aku tak rasa semua orang dah pernah alami sendiri manis atau pahitnya sebuah keikhlasan .
just , bagi yang dah pernah rasa , bagus lah . itu pengalaman ,

well , orang kata keikhlasan ni tak boleh dipersoalkan ,
juga tak boleh nak dinyatakan .
tapi aku pelik , dah tu asal timbul ayat ayat yang lebih kurang macam ni ,
;
;
;
;
;
;

"kau ni tak ikhlas lah tolong aku . "

kau ni nak tolong aku ni ikhlas ke tak ?"

"weh , aku ikhlas lah tolong kau . "

"saya betul-2 ikhlas nak jadikan awak isteri saya "
dan lain lain .

okay , so apa benda tu ? just , takyah deny , aku tahu korang semua cukup sinonim dengan ayat-2 di atas , kan ? dont get me wrong , bukan lah aku ni anti gila dengan sebuah keikhlasan . 
cuma aku terasa , kenapa orang , meragui benda yang kita cuba buat or tolong diorang . 
padahal , kita dah cuba sedaya upaya kita buat yang terbaik , 
tak minta pun dipuji , atau dilambung lambung atas segala benda yang kita dah buat ,
just , mintak , jangan lah bagi ayat ayat maut macam tu , 

"kau tolong aku bukan ikhlas pun . "
wei , kalau macam tu , kau nak aku cakap ke , "eh , aku betul-2 ikhlas tolong kau ! " --'
honestly , perlu ke cakap ? kalau aku cakap , ikhlas ke namanya tu ?
tolong lah ye , kita semua pun dah besar , ada otak , kalau dah ditolong tu , 
bersyukur lah , jangan nak dipersoalkan sebuah keikhlasan . 

sumpah , bila keikhlasan yang dijadikan issu kat sini , confirm-2 ada hati yang terguris . 
ada jiwa yang terluka . ada air mata yang akan jatuh , 
so deary kawan kawan sekalian , or sesiapa je yang baca post ni , please , 
keikhlasan tu bukan disandarkan pada pertuturan atau kata kata sebagai bukti , 
tapi biar dirasai dari hati yang betul-2 ikhlas dan redha menerima segalanya dengan jiwa dan hati yang rasional.

kalau nak dihuraikan istilah keikhlasan ni , banyak cabang , banyak benda yang boleh diperkatakan . 
in fact , kalau aku tanya korang sekalipun , mesti banyak pendapat yang dapat korang bagi , kan . 
and aku tahu , akan ada yang setuju dan tak dengan apa yang aku perkatakan ni , 
tapi takpe , aku puas . sebab ni yang aku rasa , ni yang aku alami , 
cukup lah , jangan biar ada lagi air mata yang mengalir , hanya kerana , 
salah faham mengenai sebuah keihklasan , 
wallahu'alam .


2 comments:

  1. yeah . aku pun rasa macamtu . good posts hany (:

    ReplyDelete
  2. yelah kan kan . ikhlas tu umum kan . mana boleh orang persoalkan , thanks btw :D

    ReplyDelete